Monday, January 17, 2011

2011 so fast...

Hye.....long time ago this blog tak berinfo kan.... Hurmmm untuk tahun 2011 I will try to post wat ever story and share wif u frensss....For this time being me cuba dulu mane la tau kot2 blog ni dah expired kan....Daaa....see u for next story...

Monday, April 27, 2009

::Happy Birthday Momok::

Momok happy besday... Malam ni kite dinner ekk...
Hurmmm semoga momok panjang umur, murah rezeki, sihat selalu,
cepat kurus nti tak muat bj kawin hahahha...
Present nti ekk...
Luv u from the bottom of my heart...

Wednesday, March 11, 2009

::Long time::

Hai kwn2....

Lama betul me tak update blog nii... Sumtime no idea nk tulis apa. But lately me busy sgt2 skang Dewan dah bersidang oleh itu tanggungjawab yg perlu digalas dtg kembali... Ohhhwww!! Walaupun penat namun itu adalah hakiki kerja. Syukur sgt2 tarikh utk my big day pun dah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak... "Apa yg penting? Kerjasama"... heheheh...

Now, aku kene settle semua benda2 yg penting properly supaya tidak ada yg tertinggal. Bukan senang nk buat majlis ni.. Mcm2 nk kene pikir lebih2 lg duit adalah paling penting buat masa skang. Utk2 kwn2 yg belum kawin dan akan kawin simpan la duit dr skang. Bukan senang nk kawin byk sgt nk guna duit.. Huhhhh!!! So skang me pun dah tak seboros dulu dah. Makan pun biasa2 je... shoping pun jarang sgt2 dah, kalau beli pun semua brg2 yg ada kepentingan.

My big day dah tak lama around 2 months from now.. Nti ada masa me update from time to time okey... Apa yg lebih takut lg ialah perubahan kehidupan selepas kawin. Itu yg rasa sgt2 kekok utk berdepan dgn bakal FIL... Nak tak nak kene jugak... Apa yg me dah fikir ialah raya tahun ni nak raya kat mane??? Hurmmmm sigh* Tp tak pe lah aku serahkan saje pada momok utk decide ekk... Kalau baling dadu pun bole la momok ekk....

Oh ya!! Utk my frens yg nak melangsungkan perkahwinan ke, pertunangan ke... Sila la berkunjung ke PICC, Putrajaya pada 28-29 Mac. Sebelum ni momok ada terbaca iklan Pameran Majlis Perkahwinan kat PICC pada 28-29 Feb. So bila menmomok pegi sana pak guard tu ckp dah ada ramai org dtg tny tapi dia ckp tak de apa2 pameran pun kat sini mgu ni, yg ada cuma orang shooting. Ohhhwww!!! geramnyer aku mcm mane iklan tu bole silap letak tarikh. Tak pe lah so menmomok round the world dulu lah... Huhuhuhu!!!

Okey...me nk start wat keje dah...sementara tgu portion masuk me tergerak hati nk tulis kat blog dah berdebu ni.... Huhuhuhu!!!

Monday, January 19, 2009

::Tips2 memilih pasangan::

Haluu everbody... Today i want to share wif all of u bout tip2 memilih pasangan. Actually ni adalah tips dari www.maskahwin.com. Tat day me ada send my email utk dptkan a lil info bout perkahwinan. So far info yg diberikan ok and based kpd testi yg tlh diberikan oleh bbrp pihak yg telah meggunakan garis panduan brdasarkan buku itu semuanya memberikan impak yg positif.

Here me nak senaraikan sebanyak 20 soalan. Soalan2 ini adalah utk menemuduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak. Silalah kwn2 semua yg mahu mengikatkan pertunangan atau mahu berkahwin itu menjawab pertanyaan2 berikut dgn "Ya" atau "Tidak". Kalau jawapan "Ya" tanda right... kalau jawapan "Tidak" tanda pangkah... Soalan2 nya :

1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yg sama atau hampir sama?

2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yg sama terhadap nilai-nilai hidup yg luhur, jg bersama-sama brsikap lapang fikiran?

3) Adakah tiap2 seorg dr anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati trhdp pekerjaan masing2?

4) Adakah bakal tunang @ suami anda itu sudah matang umurnya?

5) Adakah bakal tunang @ suami anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sbg seorg yg. amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

6) Adakah anda berdua sudah lama brkenalan?

7) Selama prkenalan anda dgnnya pernahkah trjd sesuatu yg mengeruhkan perhubungan anda berdua?

8) Adakah sidia itu seorg yg tidak meninggalkan solatnya?

9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua-dua belah pihak?

10) Adakah bakal tunang @ suami anda itu seorg yg patuh kpd kewajipan2 agamanya?

11) Adakah bakal tunang @ suami anda seorg yg bukan kaki muzik dan bukan jg kaki rockers?

12) Adakah anda sudah memikirkan semasak2nya mengenai pilihan anda trsebut lebih didorong oleh nafsu?

13) Adakah bakal tunang @ suami anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang @ suami anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang @ suami anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang @ suami anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang @ suami anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang @ suami anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?


Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.


Huhh!! Me dah jwb and the answer is " lebih dr 16 soalan yg jwpan nyer YA". Moga2 Allah memberkati hubungan meNmomok... Cuma apa yg takut smbhy sunat istikharah blom lg. Okie my fren cuba lah dgn soalan2 ni... Namun segala ketentuan sudah pasti dtg dr Allah kan... Kite hanya mampu merancang namun Allah tentukan segalanya.


Thursday, January 8, 2009

::meNmomok Jalan2 Time::

Oooo...tis is meNmomok activity bila weekend kalau tak shopping of course jln2 cr makan..nak jln2 cari pasang tak bole dah nti mok marah hahahah ;p Kalau dah kuar tuuu mula nak beli mcm2.. tp azam baru me tis year ialah utk mengurangkan kuasa beli brg2 yg agak yg tidak berkepentingan... Huhhh!! hope i can do it... Byk nak guna duit thn niii... Penin lak bila pikir2 kan...



~The Gardens~

(my new one bf huaaaaa)


~ Ni kat Gaint, Kota Damansara~

~Pavillion~


~Hafta work wif momok~


Ni lah, our activity kalau weekend hurmmm.... Mok nti kite kene kurangkan kuar spy kite dpt spend more money... Haiyaaa... Can i do? Yes!! Sure can...


Tuesday, January 6, 2009

::Ketam Village, Ikano::

Version 2

Sorry la sbb br nk update, sepatutnya upload lg awal ni kisah 2008... tp tak pe lah tak kisah... Hr ni me last keje for 2008 (26/12/2008) lps ni me cuti sampai la ke tahun baru... Fuhhhh!! Best cuti2 Malaysia tp...kalau dah lama sgt borink gak kan... Tp duty me penuh sepjg cuti ni yg paling pnting nak kemas umah... Huhuhuhu!!!

So, kami plan nk mkn kat Ketam Village, Steambot (Ikano), memandangkan cik dayah kite ni suke sgt mkn kat sana so we all pun pegi sesame hr jumaat.... Aku kuar jap ngan momok ada urusan di bank dan lps tu terus chooooww ngan kwn2... Huhh!!! Curi tulang la ni ekkk... tak pe sekali kali... janji keje jln kan...

Sesampai je di sana.. order mcm biasa... for me okeylah sbb me mmg suke tomyam... Tp yg agak susah ialah pelayan di situ sbb majikan menggunakan pekerja asing.. Huhhh!! dah tak de org Malaysia yg layak lg ke utk diambil bekerja lg ke... Dah la speaking pun dia org tak brp faham... Minta lain, lain yg diberi... Tak pe la sabar je lah... End up kenyang juga kami... Apa yg paling beshhhhh Cik Dayah kite yg belanja, kalau tau amik byk2 lg hahahh!!! mau bankrap la cikgu nantikan ;p

After mkn, jln2 kat Curve pas tu pegi Ikea... My frens beli stuff biasalah housewife kene la beli brg2 umah kan... Nak jdkan cerita ms mimi, dayah n sheila nk byar kat kaunter sebelah tu Zed Zaidi...hurmmm apa lg dak2 ni terus ajak brgmbr la.. Kami yg lain2 cuma tgk2 dr depan je...

Selesai semua chowww balik ofis.... huhhhhh kul brp dah niii kengkwn oiiii... mcm ofis bapak sendiri je hahahhahah!!!!

me n my fens...


huh...kat mane ni ekkk....

Bubye Cik Dayah, uma doakan Dayah berjaya ekkkk..... Huwaaaaa!!! hilang dah sorang lg geng editor... doakan kejayaan kami pula di sini AMIN.....

::Farewell Hidayah::

Version 1

Me and ofis mate (mimie, asma, k ainul, gee, azmir, shahrul, ina, lea, fiza, filah and sheila) plan utk buat surprised farewell for dayah... Act dayah dpt DPLI kat USM. Memandangkan masa tidak mengizinkan utk kami semua kuar mkn lama2 jd venue yg paling terdekat ialah Taman Tasik Perdana yg nearby dgn ofis kami. Bfast wif Mc D, sandwich dan mcm2 lg mkan yg dibw oleh kengkawan...

Masa kami kuar pepagi tu langsung tak ajak pun dayah. We all terus pegi dulu ke lake garden utk menyediakan apa2 yg patut. Then plan seterusnya adalah fiza utk bawa dayah ke sana...


Setibanya dayah di sana, apa lagi.......terkejutlah dia sbb tak sangka kan buat farewell utk dia... so sweeeeettttt dear... Mula2 dia dah mcm kecik hati la sbb usually kalau nk kuar bfast kami akan kuar sesame tis morning kami tak ajak dia pun... tp dia kata tak pelah dia org tak ajak aku pun pegi bfast hari nii...

so enjoy tis picture...mkn time yuhuuuuuuu!!


our menu







Hurmmm....okie kengkawan jom balik opid nti hansard tak kuar semua editor dan beberapa pelapor tgh bersuke ria di luar sana... Okie dayah ni lah dr kami semua utk dayah... Gotchaaa!!!

Monday, January 5, 2009

::Jom Heboh, Bukit Jalil::


meNmomok bosan tatau nak pegi mane...ooo momok suggest pegi jom heboh... hurmm okie bole jugak tp apa yg me tak suke event yg open mcm tu ialah panas... Ohhwww!!! me mmg jenis yg tak tahan pns, guna payung pun masih bole sakit kepala lepas tuu... Tp ntah kali ni gagahkan jugak utk pegiii....

Dah la nk sampai jln sesak sesgt....dekat 1 jam 30 minit br la bole masuk parking... sistem parking yg ntah apa2, nama je ada org tp parking full, then byk lak jln yg ditutup... Sepatutnya pihak pengurusan kene pikir time org ramai mcm ni bukak la beberapa pintu... Mungkin keje dia org nak elakkan jem tp mengeruhkan lagi keadaan... Nak balik pulak satu hal, nak kuar mabil masa dekat 2 jam sbb 1 laluan saje yg dibuka... gila kan?? Aku mmg dah bosan giler...

Ikutkan hati malas sgt nak pegi tp memandangkan mok nk pegi beli apa benda ntah so me ikut la jugak... Ohh!! me nak citer skit kat sini.... ada sorang wartawan ni agak terkenal dan dlm kategori cntik juga la tp apa sombobg skit la... Tak pe la itu hal dia...


So, ingatlah kwn2 di luar sana kalau dah glamour nti jgn sombong.... Rezeki yg Allah bg tu kene bersyukur kalau dia nak tarik balik rezeki tu bila2 masa je... Tak selamanya kau akan terkenal pun....

Apa2 pun enjoyyyyyyyyy

::Hi 2009::

Huh!!! Really long time me tak update blog ni... Memandangkan keje yg terlalu banyak so itulah yg menguatkan lg malas me utk update blog ni... Wlw byk sgt yg nak dikongsi each other tp masa tak mengizinkan...

Now dah 2009... Gud bye for 2008... Hope tis year more meaningful for me... Hope so... For mama and daddy welcome back to Malaysia tak lama lagi... Wish list last year most of all tercapai... For tis year cuba utk pertingkatkan prestasi jauhkan kontroversi... Kontroversi ke?? Ohhh!!! No, i don't care bout it...

2009... hope tis year also i can unite wif my beloved momok... semoga tahun ni membawa keberkatan, dimurahkan rezeki, dan diberkati dunia akhirat AMIN...

Sunday, November 30, 2008

::End of tis year::

Yessszaaaaaaaa.....i'm back.. Setelah lama tak mengupdatekan blog ini so hr ni me tulis la sempena bulan terakhir dlm tahun ni.. Wahhh!!! Tahun depan dah 2009... Macam2 nak dilalui utk thn depan... Takut, suka, kelam kabut bakal me hadapi tahun depan.. Moga2 Allah permudahkan segala perjalanan hidup me di tahun depan.. AMIN

Hari ni me kene masuk dewan... May be dewan habis kol 10.30 pm fuhhhh!!! Lama gak tuu.. And masa my turn masuk dewan td adalah floor Kementerian Pelajaran Malaysia... Memandangkan Allahyarham Dato' Razali Ismail telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat yg lalu maka sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah utknya semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman AMIN...

Act byk yg me nak share tp memandangkan masa yg tidak mengizinkan dan juga kemalasan yg melanda jiwa maka blog ni tersadai mcm tu je...

Bulan Disember ni banyak sangat jemputan perkahwinan dari kawan2.. semuanya nak tarikh2 yg cntik gitew... So pada kwn2 yg yg bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan ini Selamat Pengantin Baru di ucapkan pada kalian semua... Insya-Allah kalau masa mengizinkan akan sampailah me ke rumah kalian...

Apa yg best ialah berkenaan dgn my holiday... Wahhhh!!! Dah terbayang2 mcm yg me nak beli tp ada ke duit??? Hahah!! persetankan duit itu... Tp me tak de cuti sgt, and bila me bagi tau mama yg me tak de byk cuti mama ckp "hurmmm tak yah la cuti, next time bole pegi lg" huwaaaaaa!!!! nk pegi jugak.. Tp x pe la me redha je, kalau tak dapat pegi pon... Mama mmg jenis yg tegas skit, wlw pun me ni org yg berapa pentig sgt kat opis ni tp dia sebolehnya suruh me berdisiplin semasa keje.... Bila pikir2 ada betulnya ckp mama tuuu...

Kalau dah ada rezeki tu tak ke mana kan... Rasanya mcm dah lama tak fly and last thn lps mcm biasa program kami shopping hujung thn wahhhh gituuuu!!! As long as semua ditanggung me follow je... Wat ever pon me masih tgu green light lg :(

Wednesday, November 12, 2008

::Apabila Lelaki Curang::

ALAM rumah tangga tidak selalunya indah. Ramai yang kecundang apabila bahtera yang dilayari bertahun-tahun, akhirnya berderai diserang badai ganas.

Apabila keharmonian rumah tangga sudah dihanyut ombak, ia turut menjejaskan isi dalam rumah berkenaan termasuk si suami atau isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain.

Seandainya insan yang menimbulkan permasalahan itu ialah suami selepas kemunculan insan ketiga misalnya, maka anak-anak dan isteri akan menanggung deritanya.

Benarkah semuanya berpunca daripada kehadiran cinta lain, sehinggakan si suami sanggup berlaku curang terhadap insan bernama isteri?

Walaupun suatu pernikahan tidak membatasi keinginan lelaki untuk jatuh cinta lagi, tetapi sikap curang, bukannya hal baru dalam sejarah kehidupan manusia.

Tidak dinafikan, godaan untuk berlaku curang akan datang sepintas lalu dek tekanan perasaan yang menghantui diri kaum Adam mahupun Hawa.

Perilaku ini berlaku mungkin secara tidak sengaja atau disengajakan.

Adakalanya, ketidakjujuran terjadi ketika si dia dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama. Contohnya, si jejaka membantu si gadis menyelesaikan urusan kerjanya di pejabat. Ketika itu, mereka mula berkomunikasi melalui e-mel, telefon dan berjumpa sehingga lewat malam. Akhirnya, hubungan menjadi semakin intim.

Masalahnya, si jejaka sudahpun mempunyai isteri dan cahaya mata. Walaupun mereka dilihat terlalu rapat, tetapi mereka tidak melakukan hubungan intim dan masih memelihara batasan yang perlu dijaga.

Persoalannya, apakah hubungan mereka dikategorikan sebagai curang?

Menurut pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, selama hubungan itu masih terbatas pada hal-hal di pejabat meskipun hingga larut malam, syaratnya mestilah mempunyai orang lain di tempat itu.

"Biarpun nampak intim, tidaklah dikatakan sebagai curang. Kita kena akui hakikat pekerjaan, di mana komunikasi sangat perlu, bahkan mustahil dapat dielakkan. Setiap sektor pekerjaan pasti ada dua gender iaitu lelaki dan wanita.

"Mereka saling berhubung untuk menyelesaikan satu-satu tugas yang diamanahkan. Sesekali bergurau senda atau usik-mengusik, itu adalah suasana biasa di tempat kerja dewasa ini.

"Yang jadi salah hingga boleh diistilahkan sebagai curang apabila sering mencari peluang untuk berdua-duaan, sama ada makan bersama sehingga berpeluang meluahkan perasaan atau memberikan kasih sayang," katanya.

Mungkin hubungan yang dijalinkan mereka itu adalah terhad kepada batasan persahabatan?

"Persahabatan? Tiada istilah persahabatan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.

Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dengan wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.

"Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, 'persahabatan' antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.

"Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta," jelasnya lagi.

Sebab itulah kata Tuah, beliau tidak menggalak sama sekali seorang wanita berstatus isteri menceritakan masalah peribadinya kepada seorang lelaki atau sebaliknya, sebab pasti mereka akhirnya akan terkandas.

Carilah orang yang betul untuk meluah masalah misalnya ustaz, ibu bapa, ketua jabatan, kaunselor mahupun pakar motivasi.

Adakah cerai jalan terbaik lelaki curang? Katanya, setiap manusia ada kekurangan dan kelemahannya. Curang dalam perkahwinan adalah salah satu kelemahan dan kekurangan itu.

"Selagi ia tidak maksimum seperti berzina hingga melahirkan anak luar nikah, mengekalkan perkahwinan adalah lebih baik daripada berpisah meskipun ada sedikit kemelut dan masalah hati.

"Membina kembali hubungan hati yang telah rosak sama susahnya dengan proses untuk memisahkan antara dua hati yang dulunya pernah bertaut.

"Proses perceraian pun bukan mudah untuk dilalui, bukankah lebih baik saling bermaaf-maafan terutama demi anak-anak yang telah dilahirkan," tegas Tuah.

Memetik pendapat daripada seorang konsultan psikologi, Maria Theresia Widyastuti menerusi laman webnya, cinta baru biasanya muncul lagi dalam kehidupan pasangan yang sudah rumah tangga selepas usia perkahwinan mencecah lima tahun ke atas. "Tetapi kemungkinan ia juga boleh berlaku pada awal perkahwinan, misalnya tiga tahun, sekiranya komitmen pernikahannya tidak kuat," katanya.

Apa pun keputusan yang diambil ketika hadirnya orang kedua, semuanya itu bergantung terhadap diri si pelaku itu sendiri. "Di sini tiada kata-kata yang baik mahupun buruk, tetapi siapapun pilihannya, pasti akan mengundang risiko," kata Maria.

Sebelum memutuskan langkah terbaik yang perlu diambil, sebaiknya kamu dan pasangan mengkaji kembali tujuan hidup yang dibina selama ini. Sekiranya keutuhan rumah tangga itu menjadi kelebihannya, kembali ke pasangan dan perbaiki hubungan dengan mencipta komunikasi yang baik. "Mereka seharusnya benar-benar ikhlas mencipta kembali kehidupan perkahwinan mereka," ujar Maria.

Kalau pilihan kamu menjurus ke arah kehidupan kedua, pernikahan dan hubungan kamu dengan masyarakat perlu diperhatikan dari segi norma sosial. Biasanya pandangan orang masih negatif dan ini akan mengganggu pergaulan sosial kamu itu. "Tetapi, walau apa pun pilihan kamu, semua keputusan berada di tanganmu sendiri, dan semuanya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri."

*Oleh itu, alam perkahwinan bukan semudah yg disangka, tanggungjawab yg bakal dipikul adalah lebih berat dr apa yg kita bayangkan... Cinta mungkin indah dari kaca mata kasar namun kdg2 ada juga pertengkaran, tidak puas hati, cemburu, geram yg saban hari tercetus dlm hubungan kita... Insan semua tidak sempurna, akui kelemahan yg ada pada diri kita ini. Rasa takut pon ada utk me menghadapi alam rumah tangga yg tidak lama lagi...

*Mungkin segala2 nya jauh berbeza dgn alam kehidupan dgn ibu bapa kita... Tapi kita harus menerima dgn seadanya... Harus patuh dgn setiap kata ketua kelurga... Wahhh!!! bila pikir2 kan balik mampukah me menjalankan kesemua tugas2 itu semua?? Tapi kalau tidak sampai bila?? So think positive...

::Agar Diri Dicintai::

*Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.

FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain. Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran.

Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.


* Positif

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.

Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.


* Ceria

Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.

Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.


* Ramah

Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.

Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.

Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.


* Ringan tangan

Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan.

Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.


* Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.


* Percaya diri

Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.


* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang.

Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman.

Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.


* Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang

Wednesday, November 5, 2008

::Just to Share::

Bila me baca email from my fren rasa mcm yess me pun penah gak in tis condition especially masa study2 dulu, kat hostel biasa la segala2 ada kan, nak2 lg time balik kuliah penat2, lapar, panas so apa lg tgk katil, bantal busuk, bantal peluk, teddy bear and of course la tilam yg berapa nak empuk tu kan tp tak pe lah memadai bole sleep dgn jayanya... Kebaboooo tido tak ingt dunia fuhhhh!!! sweet betol2 bila ingat balik masa study dolu2.. Everything besh, besh!! But tak leh nak padang belakang dah... Huhuhu!! Pandang depan je skang niii... Kalau masih pandang belakang maka all my pass memory come again... Ohhh!!! no.
Just to share... me baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... Betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagaiyer)
Kalau me tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....me pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu me sedar...boleh bukak mata separuh..... me tau me sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak...pastu 5 minit baru leh gerak.... me dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...
Tapi, setelah aku masuk U pas tu my fren ni dulu belajar pasal tubuh badan manusia...barula me tau kebenaran nyer.... ni me nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). .. temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido(hypnopompic paralysis)...
Ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement...waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2 stage.... otak akan bagitau badan kita suruh rehat...So, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone)......
Ok, otak kiter pun ader switch off button.... dipanggil reticular activating system RAS...... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni.. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on... Kirenyer screen saver laaa or hibernate...
So, bila kita bangun, RAS switched on balik...... kita sedar fully awake state... Tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter... Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... Before otak activate balik.. Mmg menakutkan tapi benar...
Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc... dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)
4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, keje, cinta cintun, kewangan bla2...
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.... heheh extreme sgt)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu. Korang lagi hantu sebenornye.. .... tapi kalau korang yang terutamanaya kaum lelaki tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek bini jangan la korang baca ayat Kursi tu.. nanti tebakar lak bini..bacalah Alhamdulillah!!!!
Hahahahah!!! Hampeh tol statement part yg me highlight tu..

Monday, November 3, 2008

::My Niece::


Semalam me saje try to find gmbr2 my niece.. then ntah mcm mane terjumpe la my niece pic soo cuteee... masa ni umur sara tak sampai sethn lg... and my BIL ni mmg suke sgt amik pose anak2 dia mkn,mandi, tido, mkn etc... mesti ada je yg dia nak snap gmbr anak2 in wat ever condition pun... but bila tgk2 balik semua pic tu mmg cam funny sbb mcm2 gelagat masa candid... so me tertarik ngan gmbr sara mkn biskut sooo chomot sbb dia masih tatau how to eat properly tp dia still nak mkn sendiri and tak bg org suapkan.... huhhhh!!!


::see masa ni biskut sara masih in good condition::

::hurmmm see so chomootttt::


::hahahah!!! funny soo cuteee:


::huh!! finally she very hepii with her biskut::


Hahahah!!! itulah aksi sara mkn biskut.. Mula2 tu dia mcm shock sbb flash camera tp lps tu dia peduli apa janji dia dapat mkn biskut tu hahah!!! Bila bg dia tgk gmbr dia balik kat camera tu dia mcm tau yg itu dia hahahah!!! Soo funny kan... Ermmm yg ni lak gmbr my sis and family tis year Eid Mubarak.. ntah bila masa dia org amik gmbr!!! Actually raya tahun ni macam tak berapa meriah for me... Dont't know why mungkin sbb semua tak berkumpul so hurmmm ...*sigh

::see sara tak nak amik gmbr::


::from left Nur Anissa + my BIL + Nur Auni + my SIS n Nur Alyaa Sara + Ahmad Nujaid::

Tis is my sis family. Me call my sis 'Achik' bcoz dia anak ke tiga... Me ada 5 adik beradik (Along + Angah + Achik + Abg Chik + Me) tp gmbr Along, Angah, Abg Chik tak de tis year.. Hopefully next year we all back together... Horayyyyyyy!!!! I like, long time I'm waitin all of u dear...

Friday, October 31, 2008

::Makan time::


meNmomok outing again, but for tis time momok said for jalan2 cari mkn only not for shopping anymore.. Hurmm..*sigh. Me just said okey momok tak shopping dah. Me mmg shopaholic types, tak sah if me kuar kalau tak beli sumtin... Okey momok I'm try to fulfill wat u need.. So meNmomok destination jalan2 cari makan sempena Deepavali ialah kat Selera Putra, again meNmomok smlm dah dtg putrajaya and today dtg lg but for mkn2 only.. Heheh!!

Apa yg terbayang kat my mind ialah Nando's, dah lama me nak mkn Nando's. So round2 dulu tgk mana yg berkenan di hati and at last momok said secret recipe...*sigh... Wat ever la, mkn je next time nti bole lg mkn lg kan momok?? Sedapkan hati je la...Huwaaa...

::get ready::
::green apple kasturi for meNmomok::
::momok nyer fav food curry mee seafood::


::me nyer spaghetti meatballs::
Hurmmm...see momok said, heheh!! Me just giggle bcoz of me know why?? Tak habis lagi, mmg banyak sgt so mane bole me nak mkn semua ni sorang2, so momok jugak yg habiskan. Momok ckp sebab tu dia chubby bcoz me yg selalu suruh dia habiskan makanan me... Heheh!!! Nak kata dulu dia kurus la tu dolu2.. hahahha!!!


After...me dah tak bole blah lagiii.. Full sgt2222... Jom kite ke next destination
::Ayob Corner at Kota Damansara::

Tis is dinner time meNmomok.. Let me story a lil bit bout tis corner.. 1st time me tau tempat ni ialah my sis yg bawa.. Makanan nyerr for me okey and reasonable rate.. Sebab b4 tis kalau meNmomok teringin nak yg ala2 western meNmomok pegi VS or Chili's but now meNmomok dah selalu dtg mkn2 kat sini. Apa yg menarik Ayob Corner ini ialah corner ini dalam kawasan rumah yg corner lot...
So dia nyer decoration sekitar rumah tu mmg nice, mostly barang2 perhiasan corner ni terdiri drp barang2 lama ex iron lama, tv black n white yg dolu2, mesin jahit lama, botol2 lama, etc lagi la benda2 yg klasik.. Sampaikan dlm toilet dia pun kt tepi pintu dalam toilet tu ada tv lama.. terkejut gak me mane la tau kot cctv kan hahahah!!! Meja kat Ayob Corner ni pun diperbuat drp mesin2 jahit yg dicantumkan so jadilah meja makan..Unik kan?? So kalau nak tgk sendiri sila lah pegi.. meNmomok mmg suke jalan2 cari mkn especially tempat2 yg meNmomok tak pernah pegi lagi...
::inilah entrance Ayob Corner::

::meNmomok menu Black Pepper Steak::

Huhhhhh!! Kenyang already... So time to go back dear.. Next time kite kuar lagi and cr tempat mkn yg baru n besh, besh lagi ekk... Daaaa

Thursday, October 30, 2008

::My weekend wif momok::

Walaweiii....nampaknyalast week meNmomok mmg kuar everday.. Saje sbb tak de nak buat apa gak kat umah so me kuar jln2, mkn2, soping2 etc... Bcoz of dah selalu outing area KL so mok decide kite pegi Alamanda.. Ermm okey gak me said. Dah sampai sana lapar huhuhuh!!! Lunch time meNmomok just take two set chicken rice for lunch... Bole la tahan rasanya sbb dah lapar so meNmomok belasah je.. Tambah2 lg momok mmg tak memilih bab2 mkn ni belasah je.. Huhuhu!! Senang me nti nk masak.. Hahaha..
Lepas dah soping skit2, momok ajak pegi MPH nak tgk buku.. Buku apa lak ni mok?? Nak exam apa lagi?? Dah kalau namanye keje ngan gomen PTK la apa lg... Hahahah!!!


::inilah design Deepavali kat Alamanda::

::momok candid me::


::ahakss!!::

Hurmm guess sape ni?? hahahah ni la momok me yg gemokkkk!!! Aduiii aku dah bosan giler tunggu dia tgk buku, sampai aku dah tgk semua buku2 fav aku tp momok masih lagi menelaah buku2 yg diperlukan olehnya... Tgk tu kat tangan momok, me nyer stuff tp momok yg bw... Asal je lalu depan Watson mesti nak masuk, kalau dah masuk mesti nak beli, ermm dah namanye gurl kan...

::wat r'u reading mok?::


::again::


Bila dah lama sgt me pun pegi la tgk buku apa yg momok nak, kot2 bole tlg bg idea ke... Me kata tak yah tgk lama2 beli je terus, kalau yak nak beli pegi fotostat je which part yg momok nak tu... Hahahah!! Mok ckp tu dia dah bosan la tu nak tunguu.... Tau tak pe...


::tolong tgk::


::hurry up momok::


Yang ni mmg me dah penat tunggu momok bc buku, me duduk and momok berdirilah bc buku tu sampai habis ekkk... Jahat me kan? Biarkan je dia, nti dah penat tau la dia nak pegi bayar nanti..


Okey dah byk sgt jalan2 meNmomok pun penat la, add lak ngan makan dah kenyang hurmmm apa lagi kaki pun mula minta nak rehat for a while la... meNmomok pusing2 cari port yg baik skit utk duduk, tp mula2 mcm semua kerusi penuh je, jln2 lg kat bwh br la ada kerusi only meNmomok yg conquer..besh,besh!!


::momok tired dah ::


::fuhhh!! me too::


::tired pun momok sempat gak snap pic me::


::tis is last pic for tis outing meNmomok:


Before balik dah done already activity meNmomok utk hr ni.. Sok kite outing lagi ye mok.. hahaha!! If can I want to spend my time alwiz wif u... Luv u from the bottom of my heart!! Walala...wink*wink.

::Open House Story::

Yessszaaaaa...finally I got time to up date my blog. Today dah masuk 2 Zulkaedah 1429... So insya-Allah the next Eid Mubarak me dapat meraikannya dgn momok... Kalau tak de apa2 halangan yg mendatang la. Wish me tau all of my dear frens. Hurmmm kali ni me nak sharing bout Majlis Raya (Bahagian Dasar, Perancangan dan Hubungan Antarabangsa, Ministry of Tourism) fuhhh full explanation...

Actually suasana open house kat my x-ofis mmg every year meriah sgt. Dgn pelbagai juadah, ngn smua staf berbaju raya, mmg suasana raya habis la... Memandangkan skang dah masuk bulan Zulkaedah tp me baru sempat nak sharing wif u olls bout open house DPH. Here also me attach some pic yg sempat me snap masa open house DPH wif all my x-ofis mate.

::me nyer x-ofis::


::me n my fren (dr depan rina, sis azie, mas n me)::

::we olls again::

::me n Mr Akmal a.k.a Bahau, my colleague (International Unit)::

::me n noti boy a.k.a Bobot::

::cake from secreto recipe::


::tis is wat we call jeruk2 or asam2::

::sweety chocolate chips muffin::

::here is satay, lontong, kuah mee rebus::


::mee, sayur2 n nasi impit::

::roti jala+kuah::


::nasi impit n bahan2 utk mee rebus::

::rendang ayam yummy licious::

::my colleague::

So ini lah di antara pic yg me sempat snap ari tu... Lagi pun masa tu me rasa cam tak sihat and esoknya terus me demam2, flu etc... dah tak dtg keej 2 hr.. Huhuhu!!! Semua open house on Saturday and Monday me tak dpt pegi, just duk umah and rehat cukup2... Sedey tau:(