Monday, January 19, 2009

::Tips2 memilih pasangan::

Haluu everbody... Today i want to share wif all of u bout tip2 memilih pasangan. Actually ni adalah tips dari www.maskahwin.com. Tat day me ada send my email utk dptkan a lil info bout perkahwinan. So far info yg diberikan ok and based kpd testi yg tlh diberikan oleh bbrp pihak yg telah meggunakan garis panduan brdasarkan buku itu semuanya memberikan impak yg positif.

Here me nak senaraikan sebanyak 20 soalan. Soalan2 ini adalah utk menemuduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak. Silalah kwn2 semua yg mahu mengikatkan pertunangan atau mahu berkahwin itu menjawab pertanyaan2 berikut dgn "Ya" atau "Tidak". Kalau jawapan "Ya" tanda right... kalau jawapan "Tidak" tanda pangkah... Soalan2 nya :

1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yg sama atau hampir sama?

2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yg sama terhadap nilai-nilai hidup yg luhur, jg bersama-sama brsikap lapang fikiran?

3) Adakah tiap2 seorg dr anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati trhdp pekerjaan masing2?

4) Adakah bakal tunang @ suami anda itu sudah matang umurnya?

5) Adakah bakal tunang @ suami anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sbg seorg yg. amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

6) Adakah anda berdua sudah lama brkenalan?

7) Selama prkenalan anda dgnnya pernahkah trjd sesuatu yg mengeruhkan perhubungan anda berdua?

8) Adakah sidia itu seorg yg tidak meninggalkan solatnya?

9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua-dua belah pihak?

10) Adakah bakal tunang @ suami anda itu seorg yg patuh kpd kewajipan2 agamanya?

11) Adakah bakal tunang @ suami anda seorg yg bukan kaki muzik dan bukan jg kaki rockers?

12) Adakah anda sudah memikirkan semasak2nya mengenai pilihan anda trsebut lebih didorong oleh nafsu?

13) Adakah bakal tunang @ suami anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang @ suami anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang @ suami anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang @ suami anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang @ suami anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang @ suami anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?


Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.


Huhh!! Me dah jwb and the answer is " lebih dr 16 soalan yg jwpan nyer YA". Moga2 Allah memberkati hubungan meNmomok... Cuma apa yg takut smbhy sunat istikharah blom lg. Okie my fren cuba lah dgn soalan2 ni... Namun segala ketentuan sudah pasti dtg dr Allah kan... Kite hanya mampu merancang namun Allah tentukan segalanya.


1 comment:

Mohamad Azri Bin Tukimon said...

sila buat solat istikharah..
buat 7 hari berturut-turut..
semoga akak dapat petunjuk..